Sign In
Web Creator

PROGRAM BANTUAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH

04.jpeg

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah pada hari ini telah menganjurkan Program Bantuan Amal Kembali Ke Sekolah di keempat-empat daerah secara serentak pada hari Isnin, 17 haribulan Jamadilakhir 1447 bersamaan dengan 08 haribulan Disember 2025.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan persekolahan menjelang tahun 2026 nanti.

Hadir selaku wakil Kementerian di Daerah Brunei dan Muara ialah Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di Daerah Belait; Yang Mulia Siti Norashikin binti Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar, Korporat dan Perancangan di Daerah Tutong; dan Yang Mulia Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) di Daerah Temburong.

Turut hadir ialah Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terdiri dari kalangan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Mulia Pemangku-pemangku Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ketua Rumah Panjang, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Dalam Negeri, dan Ketua-Ketua Kluster, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, serta Jemputan-Jemputan Khas.

01.jpeg04.jpeg

Created at 15/04/2026 2:41 PTG by syamsul.takong
Last modified at 15/04/2026 2:47 PTG by syamsul.takong
Berita Terkini //